Tuesday, January 1, 2013

Roti Gulung Sosej

Assalamualaikum...

Hari ni 2/1/2013, maknanya hari pertama persekolahan pada tahun ini. Dari semalam lagi anak-anak mama dah pesan "mama mesti kejut kita orang semua bangun tido pukul 5.30 pagi, kita orang nak pegi sekolah pukul 6.30 pagi, sebab nak rebut tempat kat dalam kelas..." Aduhaii..anak ooo..anak.. Macam tu la kebiasaannya bila hari pertama sekolah, hari pertama jer..hari ke dua dan seterusnya mama biasa kejutkan mereka pukul 5.45 atau pukul 6 pagi.
Bila start je hari sekolah, mama pun sibuk la menyiapkan sarapan pagi untuk semua, biasanya mama bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah, duit belanja tetap mereka dapat, mana la tau jika ada keperluan yang perlu di beli. Jika mereka tidak membeli apa-apa di sekolah, mama selalu pesan, simpan duit tu..kumpul sikit-sikit, nanti nak beli apa-apa senang, bila dah penuh tabung boleh simpan dalam bank. Sifat menabung memang mama dah tanamkan dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi.
Bercakap pasal sarapan dan bekalan, mama kadang-kadang buntu juga nak buat apa. Biasa lar..bila pagi-pagi dah kene makan, budak- budak ni susah sikit.
Jadi mama kene buat makanan yang boleh menaikkan selera mereka. Sebelum sarapan, mama akan beri anak-anak susu dahulu, selepas itu baru mereka makan . Jadi pagi ni mama buat roti gulung sosej dan roti gulung sosej berkeju. Biasanya yang ada keju akan habis dulu.,.hihihiii
Walaupun ramai dah tau macam mana nak buat roti gulung sosej, mama tetap akan beri resepi kat sini sebagai rujukan anak-anak mama nanti ^_^

Roti Gulung Sosej

Bahan:

1 bungkus roti jumbo
1 bungkus sosej
1 bungkus slice cheese
2 biji telur - pukul hingga sebati
2 sudu tepung gandum
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara:

- 2 sudu tepung gandum di bancuh dengan 2 atau 3 sudu air - ketepikan (tepung ni bertindak macam gam untuk roti kita nanti)
- ambil sekeping roti dan leperkan dengan kayu giling.
- bila roti dah betul-betul leper, ambil keju letak atas roti dan letak sosej di atas keju, gulungkan dalam roti tadi, gam hujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Buat hingga habis.
- panaskan minyak, celup roti dalam telur yang telah di pukul, salut roti dengan serbuk roti dan goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan, angkat dan sedia di hidang.
Mudahkan.. ^_^




No comments:

Post a Comment