Sunday, December 30, 2012

Nasi Ayam Mama

Assalamulaikum...

Dah masak ke? Aduhh..pening kepala mama bila nak masak. Dah tak tahu nak masak apa, takde idea. Ermm..hari minggu macam ni, mama lebih suka masak yang simple je, lebih masa untuk rehat ye tak? Hihihi..
En abang balik dari mydin beli ayam, daging, sotong serta sedikit sayur sayuran. Mama pun terpikir nk buat nasi ayam. Anak-anak mama memang suka nasi ayam yang mama buat. Cara penyediaan nasi ayam yang mama buat ni, simple je tapi macam biasa lar, harusss la sedappp...kikikii..
Puas juga mama mecipta resepi nasi ayam ni..(hihi..cipta la sangat kann..) dan akhirnya mama pergi la berguru dengan jiran mama yang memang berniaga nasi ayam. Dia cuma ajar yang asas je lar, maklum ler dia kan meniaga. Ayam black paper ker..ayam madu ker..tu semua mama tak belajar. Bak kata mama tadi, mama belajar yang asas je, tp resepi ni mama dah tambah- tambah untuk rasa yang lagi sedap.
Ok takmo citer panjang-panjang, bahan- bahan semua dah ada..jadi, meh le kita ke dapur..^_^

Nasi Ayam Mama

Bahan:
6 cawan beras
1 ekor ayam - dicuci bersih dan di belah 4
1 inci halia -diracik halus
4 biji bawang merah - diracik halus
4 biji bawang putih - diracik halus
Sedikit rempah tumis
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar gula
2 sudu besar madu
2 kiub ayam (mama guna jenama knorr)
10 biji cili merah
2 sudu besar sos cili
2 biji tomato dihiris
1 biji timun dihiris
Daun salad secukupnya

Cara:
- panaskan minyak dan tumis rempah tumis serta bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah di belah 4 tadi serta air sehingga menutupi ayam tadi.
- masukkan sedikit garam dan kiub ayam, biar ayam tadi separuh masak, keluarkan ayam dan masuk dalam mangkuk yang besar. Sup tadi kita guna untuk memasak nasi dan lebihannya untuk sup nasi ayam kita.
- masukkan sos tiram, gula, madu dan kicap manis ke dalam mangkuk yang berisi ayam tadi, gaul sebati dan perap sebentar.
- sementara itu beras di cuci bersih, masukkan sup ayam tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
- untuk buat sos cili nasi ayam kita, cili merah tadi di buang biji dan belender bersama sebiji bawang putih dan 1 cawan air sehingga halus. Masak secara rebus cili yang di kisar tadi, tambahkan sos cili dan gula, sesuaikan dengan rasa, matikan api, kalo agak-agak kurang rasa boleh tambah sos cili dan gula, ikut tekak masing-masing yer..kikikii
- untuk ayam pula, panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng ayam . Goreng ayam tadi tapi jangan terlalu lama sebab ayam tadi kita dah rebus, goreng hingga warnanya gelap sikit dan terus angkat.
- lebihan perapan ayam tadi jangan di buang, tambah sedikit sup ayam, gula, sos tiram dan kicap manis, masak secara rebus hingga mendidih, sesuaikan rasa dan angkat. Sos ni boleh di buat sos kicap untuk nasi ayam kita.
- ayam yang di goreng tadi kita potong menggunakan pisau parang, dan ketepikan.
- ambil secawan nasi letak dalam pinggan, tambah seketul ayam, beberapa hirisan timun, tomato serta sedikit salad.tuang sedikit sos cili yang kita buat tadi dan sedikit sos kicap, sedia dinikmati.. ^_^

No comments:

Post a Comment